Petua Untuk Mempastikan Lelaki Yang Anda Inginkan Itu Sudah Matang


Hai readers!!!
 Petua Untuk Mempastikan Lelaki Yang Anda 
Inginkan Itu Sudah Matang

1. Dia menepati janji-janjinya.
2. Dia tahu bagaimana untuk memberi.
3. Dia meminta nasihat daripada orang lain.
4. Dia menerima kritikan dan mengakui segala kesalahannya.
5. Dia memberi penghargaan kepada sesiapa yang berhak menerimanya.
6. Dia tahu bagaimana untuk mengawal kemarahannya.
7. Dia bertindak dengan penuh tanggungjawab dan baik hati terhadap orang lain.
8. Dia tahu bagaimana untuk menjadi pendamai.
9. Dia tahu bagaimana untuk memberi pujian kepada orang lain.
10. Dia boleh bertolak-ansur dengan ketidaksempurnaan orang lain


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
Lot of CikNanie

Debaran menunggu Result & Hari bershopping sakan =)


Hai Readers!!!

     3 August 2013 adalah hari dimana ianya memberi debaran yang sangat hebat kepada setiap pelajar-pelajar Degree UiTM. Tarikh inilah yang akan menentukan segala usaha pelajar-pelajar degree ini berbaloi atau pun tidak. Inilah hari dimana Final Examination result pelajar degree dikeluarkan. 
     Haa... semua pelajar kalau tengok gambar kat atas ni mesti perasaan gelabah, takut, gementar, risau dan semua yang sama erti dengannya akan muncul pada hari ini hehe. Sama juga dengan Fatin. Semua perasaan ni muncul bila tarikh ni makin hampir. Dan sekarang segala perasaan tu dah hilang sebab result pun sudah ada ditangan Fatin. 
     Alhamdulillah...Syukur pada Allah kerana result yang Fatin dapat ini berbaloi dengan usaha Fatin selama ini. Sampai demam2 la Fatin study. Alhamdulillah Fatin berjaya mendapat dekan pada sem 5 ini. So, Fatin bersyukur sangat2 dengan apa yang telah Fatin dapat. Terima Kasih Ya Allah ^_^
     Then, pada hari yang sama juga Fatin bershopping sakan dengan adik & si buah hati Fatin hehe. Dari pukul 12pm sampai la pukul 7pm baru Fatin sampai rumah. Sakankan kami shopping haha. Si buah hati Fatin ni bukan membeli pun tapi dia ikut semata-mata nak teman Fatin shopping ja. Awai tu bukan main cakap nak shopping baju raya sekali. Rupa-rupanya dia dah shopping awai lagi -__-". Tapi tak apalah. Dia ada pun bagus juga sebab dia tolong jadi fashion designer Fatin sat HAHAHA. Baju mana elok dan mana sesuai untuk Fatin heee. =)

     Tema baju raya Fatin tahun ni kale merah. Fatin beli kain dan hantar dekat kedai maksu. Fatin mintak maksu buat design baju raya Fatin macam baju peplum gitu hee. Then, kemarinnya Fatin g shopping sakan tu Fatin beli t-shirt, seluar jeans & kasut hehe. Semangat raya kali ni dengan result yang baik. Alhamdulillah ^_^

p/s : Anda-anda sekalian dah beli baju raya?


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
Lot of CikNanie

 
COPYRIGHT by CikNanie ^_^