Petua Untuk Mempastikan Lelaki Yang Anda Inginkan Itu Sudah Matang


Hai readers!!!
 Petua Untuk Mempastikan Lelaki Yang Anda 
Inginkan Itu Sudah Matang

1. Dia menepati janji-janjinya.
2. Dia tahu bagaimana untuk memberi.
3. Dia meminta nasihat daripada orang lain.
4. Dia menerima kritikan dan mengakui segala kesalahannya.
5. Dia memberi penghargaan kepada sesiapa yang berhak menerimanya.
6. Dia tahu bagaimana untuk mengawal kemarahannya.
7. Dia bertindak dengan penuh tanggungjawab dan baik hati terhadap orang lain.
8. Dia tahu bagaimana untuk menjadi pendamai.
9. Dia tahu bagaimana untuk memberi pujian kepada orang lain.
10. Dia boleh bertolak-ansur dengan ketidaksempurnaan orang lain


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
Lot of CikNanie

Debaran menunggu Result & Hari bershopping sakan =)


Hai Readers!!!

     3 August 2013 adalah hari dimana ianya memberi debaran yang sangat hebat kepada setiap pelajar-pelajar Degree UiTM. Tarikh inilah yang akan menentukan segala usaha pelajar-pelajar degree ini berbaloi atau pun tidak. Inilah hari dimana Final Examination result pelajar degree dikeluarkan. 
     Haa... semua pelajar kalau tengok gambar kat atas ni mesti perasaan gelabah, takut, gementar, risau dan semua yang sama erti dengannya akan muncul pada hari ini hehe. Sama juga dengan Fatin. Semua perasaan ni muncul bila tarikh ni makin hampir. Dan sekarang segala perasaan tu dah hilang sebab result pun sudah ada ditangan Fatin. 
     Alhamdulillah...Syukur pada Allah kerana result yang Fatin dapat ini berbaloi dengan usaha Fatin selama ini. Sampai demam2 la Fatin study. Alhamdulillah Fatin berjaya mendapat dekan pada sem 5 ini. So, Fatin bersyukur sangat2 dengan apa yang telah Fatin dapat. Terima Kasih Ya Allah ^_^
     Then, pada hari yang sama juga Fatin bershopping sakan dengan adik & si buah hati Fatin hehe. Dari pukul 12pm sampai la pukul 7pm baru Fatin sampai rumah. Sakankan kami shopping haha. Si buah hati Fatin ni bukan membeli pun tapi dia ikut semata-mata nak teman Fatin shopping ja. Awai tu bukan main cakap nak shopping baju raya sekali. Rupa-rupanya dia dah shopping awai lagi -__-". Tapi tak apalah. Dia ada pun bagus juga sebab dia tolong jadi fashion designer Fatin sat HAHAHA. Baju mana elok dan mana sesuai untuk Fatin heee. =)

     Tema baju raya Fatin tahun ni kale merah. Fatin beli kain dan hantar dekat kedai maksu. Fatin mintak maksu buat design baju raya Fatin macam baju peplum gitu hee. Then, kemarinnya Fatin g shopping sakan tu Fatin beli t-shirt, seluar jeans & kasut hehe. Semangat raya kali ni dengan result yang baik. Alhamdulillah ^_^

p/s : Anda-anda sekalian dah beli baju raya?


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
Lot of CikNanie

Yeay!! New Header ^_^


Hai Readers!!!
       Fatin rasa hampa pun dah perasan kowt adanya header baru Fatin ni time masuk blog Fatin ni kan hee. Header ni Fatin baru ja letak semalam. Tetiba ja mood mengedit datang semalam. So, that's why header ni ada kat atas ni hihi. 

     Untuk blog baru ni headernya Fatin edit simple ja. Malas nak renyah2 edit macam-macam haha. So, Fatin buat yang paling senang dan sedap mata Fatin ni memandang. Bagi Fatin header Fatin buat ni dah ok dah. Tak tau la pulak kalau dari pandangan mata anda semua macam mana kan hee :)

p/s : Dah tengokkan header Fatin ni. Okey tak? hee


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
Lot of CikNanie

Petua Melayan Suami


Petua Melayan Suami


1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri,jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan... menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat.

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.


p/s : Tips untuk anda yang sudah bersuami ^_^ [copy from fb]

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
Lot of CikNanie

Padahnya apabila terlalu pentingkan kekayaan !!


Hai Readers !!! ^_^
HAHA !! Melepaih perempuan tu kan !!. Padan la muka. Demand sangat kan !! hihi. 
Lain kali tanya la si lelaki tu. "Awak ada RM10k tak nak masuk minang ni !!" HAHAHA
Yang si lelaki ni pun bendul sangat.. Lain kali time dia tanya tu cakap la terus "mana main keta BMW kan !!" HAHA.. Nih kawan tu dah halau baru gedix-gedix nak cakap..  HAMPEH !! -.-'

Moral of the story : Don't judge a book by its cover !!! ^_^


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
Lot of CikNanie

RunningMan | Monday Couple


Hai readers!!

Hari ini mood Fatin nak cerita pasal monday couple [Gary & Jihyo]. Wujudnya monday couple ni dari variety show RunningMan [RM]. Seriously, Fatin suka sangat tengok depa dua ni dalam RM. Sweet sangat.. Tambah si Gary ni. Gaya spontan dia tu nampak macam dia betol2 sukakan si Jihyo. Cara dia bila dia jeles Jihyo dengan member RM yng lain. Cara dia bila dia mengusik Jihyo. Semua nampak sweet ja hikhik. 

Kalau nak tau betol dak sweet. Pi la tengok RunningMan. Serious, RunningMan tak bosan!!! dan variety show ni mampu buat anda ketawa =). [Hilang stress kita ni tau ^__-] Kalau tak caya, pi try tengok dulu. Fatin peminat setia RunningMan okey. Sentiasa follow RunningMan dari Episode 1 sampai la sekarang Episode 155. :)
Note : I Love Monday Couple ^_^


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
Lot of CikNanie

Cerita Si Gf & Bf


Hai Readers!! 

Hari ni Fatin kongsi cerita dari facebokk ja tau hikhik. [Copy & Paste] 
Orait!! Jom kita layan cerita sedih ni =)
GF : awak , saya cemburu la kat kawan2 saya ..
BF : cemburu ? kenapa ?
GF : BF diorang selalu bagi hadiah , belikan rantai , cincin , baju , bawa diorang jalan2
BF : maafkan saya ye . sebab saya tak mampu nak bagi semua tu kat awak . saya tak berharta awak ...
GF : awak jangan la macam ni .. apa awak bagi dah cukup pada saya .. percayalah ..
BF : tapi awak tetap mahukan semua tu kan ? sama macam kawan2 awak ?
GF : awak ... maaf .
BF : tak apa la . =]
( suatu hari BF menerima berita bhawa GF telah kemalangan dan mengalami kecederaan teruk dan mengakibatkan GF hilang penglihatan .. )
selepas beberapa minggu .. GF telah sedar dan telah pulang ke rumah . dia membaca sepucuk surat yang di berikan oleh seorang nurse sebelum GF pulang .
♥ sayang , maafkan saya kerana selama ini tidak mampu menjadi seorang kekasih yang terbaik pada awak . saya tidak mampu berikan kemewahan pada awak . saya tak dapat bahagiakan awak dengan kemewahan saya . sayang , hari ini awak melihat dan membaca surat ini dengan mata saya . hanya ini mampu saya berikan pada awak sayang . jaga mata ini seperti mana awak jaga diri awak . dengan mata ini nanti .. awak akan bejumpa seseorang yang akan menyayangi dan akan memberikan segala yang awak mahukan . Maafkan saya T___T
p/s : hoho.. Insaf sat. Fatin pun macam tu rasanya HAHA.



Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
Lot of CikNanie

Pengaruh RM | Pororo Yaaa !!!


Hai Readers !!!


     Haaa.. ni Fatin nak habaq kat hampa. Binatang ni la Fatin dok cari selama ni. Sejak Fatin start dok tengok RM [Running Man]. Nama dia PORORO. Merata Fatin search kat internet kowt ada yang jual online Pororo ni. Fatin ada jumpa yang jual Online TAPI Ya Allah mahai nak mampuih. Tak mampu aih Fatin nak beli sampai RM 80 lebih. Padahai kecik nyek ja pun HAHA


     Sebelum ni Fatin pernah jumpa kat KL time p jalan-jalan kat Times Square[TS] tu. Tapi sebab Fatin nak survey harga & patung dia nampak macam tak comel ja. So, Fatin buat keputusan tak mau beli lagi. TAPI !! Akhirnya sekarang Fatin dah dapat binatang tu kat sini. Kat Aloq Staq[AS] nih hihi. Harga dia pun sama ja macam kat Times Square tu dan patung dia pun sama ja just TOPI PORORO dia lain sikit. TOPI PORORO yang macam kat KL tu pun ada kat sini tapi besaq. Nasib la tak comel HAHA. 


[MR.GJIE yang belikan PORORO tu untuk Fatin tau HAHA. tq awak !!]



Haa.. Fatin nak Pororo TOPI yang macam dalam gambaq ni laa. 
Kat AS laa Fatin jumpa Pororo Topi macam ni. 


Fatin tak mau Pororo TOPI macam dalam gambaq nii. 
Pororo ni la yang Fatin jumpa kat TS tu. 
Kat AS ni pun ada TOPI macam ni tapi yang besaq punya. 
Nasib la tak comelkan HAHA


Haaa.. Ni la Pororo Kecik Fatin. hihi
Comelkan !! hee

Thanks Mr.Gjie sebab tolong belikan Pororo kecik ni untuk saya hee.
Tomey.. Tomey.. hihi




p/s : Sapa kat sini suka Pororo? 




Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
Lot of CikNanie

Hai!! CikNanie is here!! =)


Hai readers!! 

Kenapa buat blog baru?
Yeah!! Ini adalah blog kedua Fatin. Sebenarnya Fatin bukan saja-saja nak buat blog baru. Fatin sayang blog lama Fatin tu. Dah banyak Fatin merapu kat blog tu tapi tu lah blog lama Fatin ada masalah. So, sebab tulah munculnya blog baru ini. Blog CikNanie.. :)

Kenapa "Blog CikNanie"?
Fatin guna Cik Nanie sebab address yang lama dah tak boleh nak guna. Nak guna nama penuh Fatin pun dah "not available" katakan. So, Fatin fikir nama baru untuk blog address dan nama blog ni. [Kisah CikNanie & celotehciknanie.blogspot.com] Okey lakan daripada tak dak hikhik.

Nak buat apa sekarang?
Sekarang ni Fatin nak hias dulu blog Fatin ni dulu. Then, baru la Fatin akan start blogwalking & menulis kat blog baru ni banyak-banyak. Nak tulis sekarang pun tak dak maknanya orang  nak baca kan. Followers kosong!! HAHA. 

Okey then.. bye2 ^_^

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
Lot of CikNanie

 
COPYRIGHT by CikNanie ^_^